Bumi mempunyai satu satelit semula jadi, iaitu bulan. Bumi berputar mengelilingi matahari pada deklinasi kira-kira 23.5 darjah. Kesan putaran bumi menyebabkan berlakunya kejadian siang dan malam manakala kesan peredaran bumi menyebabkan kejadian 4 musim, perbezaan siang dan malam dan lain-lain. Bulan yang mengorbit bumi pada jarak purata lebih kurang 238 900 batu (384400 kilometer). Kedudukan bumi dan bulan yang berubah-ubah sewaktu mengorbit matahari menyebabkan pantulan cahaya pada bulan berubah bentuk. Fenomena ini dikenali sebagai fasa-fasa bulan. Bulan melengkapkan kitaran penuh mengelilingi bumi dan matahari dalam tempoh bulan sinodik iaitu kira-kira 29.5 hari.
  Fasa-fasa bulan bermula dengan bulan baru (new moon). Bulan baru berlaku apabila kedudukan bumi, bulan dan matahari berada pada kedudukan satah longitud ekliptik yang sama yang dinamakan sebagai ijtimak (conjunction). Sehari atau dua hari selepas fasa bulan baru, cahaya anak bulan yang nipis dapat dilihat di ufuk barat. Kemudian akan beralih ke fasa berikutnya iaitu fasa peningkatan (waxing). Selepas itu, berlaku fasa ‘first quarter moon’ di mana ianya dikenali sebagai ‘half moon’. Fasa ini berlarutan sehingga fasa bulan penuh. Selepas dua minggu daripada fasa bulan, maka berlaku fasa penurunan (waning) dan berkuranglah sisi yang cerah. Fasa ini kemudian diikuti dengan waning gibbous, third quarter dan waning crescent.
Â
Rujukan:
https://apadilangit.com/fasa-bulan/
Buku Perspektif Baharu Sistem Suria