30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024

Perbezaan Awal Puasa dan Hari Raya

    Beberapan tahun ini, acapkali timbul isu berkenaan perbezaan penanggalan tarikh awal puasa dan hari raya dalam kalangan negara-negara Islam. Baru-baru ini, Malaysia dan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia merayakan sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1442 Hijrah pada 20 Julai 2021, namun begitu, Brunei menetapkan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 21 Julai 2021. Perkara ini telah mengundang persoalan dalam kalangan masyarakat awam tentang punca kepada perbezaan yang berlaku. Setelah diteliti, perselisihan ini disebabkan oleh isu yang masih belum disepakati iaitu pengamalan kaedah rukyah atau hisab dalam penentuan awal bulan khususnya bagi bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.

    Brunei merukyah anak bulan Zulhijjah pada 10 Julai, sama seperti di Malaysia tetapi disebabkan oleh anak bulan tidak kelihatan, maka Brunei menggenapkan bilangan bagi bulan Zulkaedah kepada 30 hari. Malaysia pula menetapkan keesokan harinya sebagai awal bulan Zulhijjah kerana anak bulan telah memenuhi kriteria Imkan al-Rukyah yang menjadi panduan dalam hal ehwal penentuan awal bulan qamari. Oleh sebab itu, Malaysia mengisytihar Aidil Adha pada Selasa, 20 Julai 2021. Namun begitu, Brunei mengisytihar Aidil Adha pada Rabu 21 Julai 2021 kerana mereka mengguna pakai kaedah rukyah secara total bagi penentuan bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah sebagaimana terdapat ibadah khusus di dalamnya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles