STATISTIK DAN MASYARAKATÂ
Pengenalan Teknik Pengimejan Anak Bulan – Histogram Equalization
Teknik pengimejan anak bulan kiat berkembang diguna pakai dalam pelbagai bidang termasuklah automotive, astronomi dan perubatan. Teknik ini telah diolah bersesuaian dengan keadaan semasa. Dalam kes ini, kita ingin menguji keberkesanan teknik pengimejan dalam situasi sebenar anak bulan. Teknik yang akan digunakan pakai adalah Teknik Histogram Equalization. Teknik adalah transformasi nilai intensiti supaya imej yang diubah telah menyebarkan nilai intensiti secara seragam Dicapai dengan mengagihkan semula intensiti imej melalui kaedah âtransformasiâ. Formula asas bagi Teknik ini ialah:
Kaedah ini sesuai untuk imej dengan latar belakang dan latar depan yang kedua-duanya terang dan gelap. Kontras setiap kumpulan dikembangkan secara linear dengan titik maksimum dan minimum skala keamatan.
Langkah- Langkah bagi melakukan Histogram Equalization adalah seperti berikut:
- Kenal pasti imej anak bulan yang akan di proses.
2. Setiap keamatan piksel akan dikaji dan dibentangkan di dalam bentuk matriks
- Bilangan kekerapan setiap piksel akan dianalisa.
- Setiap nilai piksel akan digantikan dengan nilai piksel baharu melalui formula asas histogram Equalizaton
i.e: nilai piksel 78 digunakan sebagai contoh
- Langkah 2-4 diulangi bagi setiap nilai piksel.
- Nilai kemaatan lama akan digantikan dengan nilai piksel baru sepenuhnya.
 Sebagai contoh lain. Satu imej anak bulan telah digunakan untuk menjelaskan proses pengimejan ini. Imej di zum bagi mendapatkan nilai-nilai piksel bagi mengenalpasti anak bulan.