25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024

Cerapan Gerhana Bulan Penuh

Aktiviti cerapan gerhana bulan penuh telah dijalankan di Balai Cerap Universiti Malaya pada 8 November 2022. Aktiviti ini disertai oleh pelajar projek tahun akhir Astronomi Islam dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Kemuncak gerhana dapat dilihat pada waktu maghrib iaitu ketika bulan terbit di ufuk timur. Berikut merupakan fasa gerhana:

  • Fasa Gerhana Penumbra bermula (Bulan mula masuk ke dalam penumbra) – 4:02 pm MYT
  • Fasa Gerhana Separa bermula (Bulan mula masuk ke dalam umbra) – 5:09 pm MYT
  • Fasa Gerhana Penuh bermula (Keseluruhan Bulan berada di dalam umbra) – 6:16 pm MYT
  • Fasa Kemuncak Gerhana Penuh – 6:59 pm MYT
  • Fasa Gerhana Penuh tamat (Sebahagian Bulan mula keluar dari umbra) – 7:41 pm MYT
  • Fasa Gerhana Separa tamat (Keseluruhan Bulan keluar dari umbra) – 8:49 pm MYT
  • Fasa Gerhana Penumbra tamat – 9:56 pm MYT

Namun demikian keadaan cuaca yang hujan menyebabkan fasa gerhana tidak dapat dilihat. Berikut merupakan antara dapatan fasa gerhana yang diambil dari Semporna Sabah.

Saat di antara kemuncak gerhana dan tamat gerhana penuh.

Sumber = Facebook Shahrin Ahmad (shahgazer)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles