29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024

Cerapan anak bulan Rejab 1443H

Aktiviti cerapan anak bulan Rejab 1443H telah dijalankan di Balai Cerap Telok Kemang, Port Dickson pada 2 Februari 2022 bersamaan 30 Jamadilakhir 1443H. Cerapan ini disertai oleh Pelajar tahun akhir dan tahun tiga Program Sarjana Syariah Astronomi Islam. Data kedudukan anak bulan pada hari itu memenuhi kriteria baru Imkanurukyah di mana ketinggian bulan > 3° dan jarak lengkung bulan- matahari > 6.4°. Data kenampakan anak bulan adalah seperti jadual di bawah:

Tarikh Matahari terbenam Bulan Terbenam Ketinggian Bulan (°) Ketinggian matahari (°) Umur Bulan (jam)
2 Februari 2022 (30 Jamadilakhir 1443H) 7:27PM 8:17PM 15.59 -0.287 29.68

 

Anak bulan mula kelihatan menerusi teleskop pada pukul 7.27PM. Pada jam 7.47, anak bulan dapat dilihat dengan mata kasar disebabkan keadaan langit semakin gelap. Sebanyak tiga kamera digunakan untuk merakam kenampakan anak bulan iaitu kamera Skynyx 2-1, kamera Canon Eos 40D dan kamera ZWOASI174mm.

 

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles