24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024

Fenomena Gerhana Bulan

 

Bumi berputar pada paksinya, dalam masa yang sama beredar mengelilingi matahari. satu peredaran lengkap mengambil masa 365 ΒΌ hari atau 1 tahun. Kesan peredaran bumi menyebabkan berlakunya fenomena gerhana matahari dan gerhana bulan. Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di tengah-tengah antara Matahari dan Bulan yang menyebabkan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan. Fenomena ini berlaku ketika fasa bulan purnama.

Β  Β  Bayang-bayang bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap). Penghasilan 2 jenis kawasan bayang-bayang ini adalah disebabkan sumber cahaya daripada matahari. Terdapat dua jenis gerhana bulan iaitu gerhana bulan penuh dan gerhana bulan separa. Gerhana bulan penuh berlaku apabila orbit bulan bergerak masuk tepat ke dalam umbra, dan keseluruhan jasad bulan memasuki kawasan umbra. Ketika ini, bumi menghalang cahaya Matahari dari sampai ke permukaan Bulan. Maka, terhasillah bayang-bayang bumi pada permukaan Bulan. Gerhana bulan separa pula berlaku apabila orbit bulan bergerak sedikit senget dari kawasan umbra, dan hanya sebahagian sahaja jasad bulan yang memasuki kawasan umbra.

Rujukan: https://falakonline.net/semesta/

 

Next article

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles