Aktiviti cerapan anak bulan dijalankan pada 29 hari bulan atau 30 hari bulan Hijrah selepas matahari terbenam. Oleh kerana cahaya dari anak bulan adalah sangat malap dan kedudukannya yang berdekatan dengan ufuk Barat, maka teleskop digunakan sebagai alat bantuan optik yang dapat mengumpul lebih banyak cahaya dari anak bulan dan membesarkan saiz imej anak bulan berbanding jika dilihat secara mata kasar. Selain itu, teleskop yang mempunyai sistem berkomputer dapat menentukan kedudukan anak bulan dengan tepat serta dapat menjejaknya sehingga terbenam. Fungsi ini sangat membantu dalam menentukan kedudukan anak bulan pada hari cerapan dijalankan. Keadaan langit berdekatan ufuk yang sering berawan menyukarkan kenampakkan anak bulan secara mata kasar. Maka penggunaan kamera digital DSLR dapat membantu mempercepatkan proses pengesanan anak bulan selepas Matahari terbenam dan memudahkan imej anak bulan direkodkan.
Antara peralatan yang digunakan dalam cerapan anak bulan termasuklah:
- Teleskop Meade LX200 12 inci
- AZ-EQ lekapan teleskop berkomputer
- Teleskop Borg 101 ED
- Teleskop William Optics Zenithstar 103
- Teleskop William Optics Zenithstar 102
- Kamera DSLR Canon EOS 80D
- Kamera DLSR Canon EOS 40D
- Kamera DSLR Nikon D90
- Kamera CCD Skynyx 2-1M
- Diagonal dan kanta mata