29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024

Kriteria Kenampakan Anak Bulan di Malaysia

Permulaan bulan baru dalam takwim Hijrah ditentukan oleh kenampakan anak bulan yang akan dilihat (dicerap) pada tarikh 29 haribulan setiap bulan. Sekiranya anak bulan tidak kelihatan, maka keesokan harinya akan dikira sebagai 30 haribulan. Aktiviti cerapan ini perlu dilakukan oleh orang yang berkepakaran dalam bidang falak dan boleh dipercayai. Banyak dalil daripada al-quran mahupun hadis yang menerangkan tentang permulaan bulan Hijrah adalah berdasarkan kepada kenampakan anak bulan, antaranya :

1) Surah al-Baqarah ayat 185

…فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ…

(…Barangsiapa di antara kamu melihat anak Bulan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa Bulan itu…)

 

2) Rasulullah S.A.W bersabda :

إِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ

 “Jika kamu melihatnya maka berpuasalah dan jika kamu melihatnya lagi maka berbukalah. Apabila kalian terhalang oleh awan maka perkirakanlah jumlahnya (jumlah hari disempurnakan)”. (HR. Bukhari no. 1767)

Menurut kaedah rukyah dan hisab, anak bulan akan dicerap pada petang 29 Syaaban dan 29 Ramadan. Sekiranya anak bulan tidak kelihatan tetapi menurut hisab falak (iaitu kiraan falak) anak bulan ada dan boleh dilihat, maka hisab falak boleh digunakan. Dalam pertemuan tidak rasmi Menteri-Menteri Agama Negeri Brunei, Repulik Indonesia, Malaysia Dan Singapura (MABIMS) pada tahun 1989 satu ketetapan telah dibuat iaitu penyelarasan dalam penentuan awal Bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah di kalangan negara anggota berdasarkan rukyah dan hisab. Salah satu perkara penting dalam pelaksanaan rukyah dan hisab ini ialah penggunaan kriteria imkan al-rukyah. Kriteria tersebut telah dipersetujui untuk diterima pakai oleh anggota MABIMS dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam kali ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan. Pada tahun 1995, pemakaian kriteria ini telah diperluaskan dalam menentukan kesemua dua belas bulan bagi takwim Hijrah.

Kriteria imkan al-rukyah yang telah dipersetujui itu ialah, ijtimak telah berlaku pada 29 Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum matahari terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

  • Ketika Matahari terbenam, ketinggian anak Bulan di atas ufuk, tidak kurang dari 2° dan jarak lengkungannya (antara Bulan dan Matahari) tidak kurang dari 3°.

Atau

  • Ketika Bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang dari 8 jam (selepas ijtimak berlaku).

Next article

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles