32.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024

Lokasi cerapan rasmi anak bulan

Sebanyak 29 tempat cerapan rasmi anak bulan yang telah diperkenankan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di setiap negeri di Malaysia. Selepas cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi, setiap lokasi akan melaporkan laporan kenampakkan anak bulan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, di mana lokasi pertama yang akan memberikan laporan adalah Balai Cerap Al Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah) yang terletak di lokasi paling timur Malaysia dan yang terakhir adalah lokasi cerapan yang berada di paling barat Malaysia iaitu di Pulau Perak, Kedah.

Berikut merupakan 29 lokasi cerapan rasmi anak bulan:

  1. Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  2. Pontian Kecil, Johor
  3. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
  4. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
  5. Tanjung Dumpil, Sabah
  6. Esplanade Luak, Miri, Sarawak
  7. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
  8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak
  9. Pantai Acheh, Pulau Pinang
  10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
  11. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
  12. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
  13. Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Pahang
  14. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
  15. Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang
  16. Menara Alor Setar, Kedah
  17. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Labuan
  18. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu
  19. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
  20. Bukit Merang, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
  21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
  22. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
  23. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis
  24. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
  25. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
  26. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Wilayah Persekutuan Putrajaya
  27. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
  28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
  29. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
Sumber= Balai Cerap Selangor
Sumber= Balai Cerap Selangor

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles