Sejarah perkembangan penetapan kriteria astronomi dalam meramal kenampakan anak bulan.
Tahun |
Kriteria Kenampakan |
Catatan |
500M | Kriteria Babylon
Alt >12˚ (sela masa 48 minit selepas matahari terbenam) Umur > 24 jam kerika matahari terbenam |
|
700M-1100M | Kriteria Sarjana Astronomi Islam.
alt>12˚ (sela masa 48 minit selepas matahari terbenam) |
Antara ahli astronomi Arab awal ketika ini ialah Ibnu Tariq, Habash, al-Khawarizmi, al-Farghani, Ibn Maimon, al-Biruni, al-Battani, al-Tabari dan lain-lain. Mereka membuat jadual dan perhitungan astronomi matematik dalam menentukan kenampakan anak bulan berdasarkan teori dan cerapan. |
1910 | Kriteria Fotheringham
alt>12˚ pada 0 ˚ relatif azimuth antara bulan dan matahari. |
Menentukan kriteria pemisahan altitud-azimuth bulan semasa matahari terbenam berdasarkan 76 data cerapan dengan mata kasar di Athens dari tahun 1859M hingga 1880M. |
1911 | Kriteria Maunder
alt>11˚ pada 0 ˚ relatif azimuth. |
Menyemak semula data Fotheringham dengan menambah beberapa data cerapan dan melukis lengkung lebih rendah berbanding Fotheringam. |
1931 | Kriteria Had Danjon
AL > 7˚
|
Menurut Danjon, ketika elongasi bulan kurang daripada 7˚, lengkok bulan tidak kelihatan (0) kerana tiada bahagian bulan yang terang. Beliau juga mengaitkan fenomena ini sebagai punca daripada kesan bayang pada gunung bulan. |
1977 | Kriteria Bruin (altitud dan lebar bulan)
w > 0.5’ |
Kriteria ini mengambil kira keamatan cahaya bulan, kecerahan langit, sudut matahari di bawah ufuk, kontras ketara, kelembapan, ketinggian dan lain-lain. |
1997 | Kriteria Yallop
Memperkenalkan satu parameter q-test untuk menentukan waktu terbaik (best time) dalam meramal kenampakan anak bulan.
|
Mengaplikasikan ujian parameter (q-test) dalam 295 set kenampakan awal bulan sabit pada tahun 1859-1996. Parameter q diterbitkan berdasarkan relatif geosentrik altitud bulan dan lebar hilal toposentrik pada waktu terbaik. |
1981-1988 | Kriteria Ilyas
(1981) w = 0.25’ (1983) aL >10.5˚ (1984-1988) umur bulan > 22 jam + 2 jam (puncak ILDL) Umur bulan < 16 jam (latitud 0 ˚) Sela waktu antara bulan terbenam dan matahari terbenam (mengikut latitud tempat). 0˚: 41 (+1), 30˚: 46 (+ 2), 40˚: 49 (+4) dan 50˚: 55 (+10).[1] |
Ilyas membangunkan kriteria kenampakan awal bulan secara teoritikal iaitu memplotkan graf berdasarkan cerapan yang sedia ada. Antara kriteria yang dikaji termasuklah kelebaran, elongasi, umur serta sela waktu bulan terbenam dan matahari terbenam. |
2004 | Kriteria Odeh
aL > 6.4˚ (kenampakan anak bulan alat optik) altB>3.4˚
|
Kriteria yang dibuat berdasarkan 737 data yang telah dikumpulkan dalam satu pangkalan data dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Jangkaan kenampakan dibuat berdasarkan dua pembolehubah iaitu elongasi (ARCV) dan lebar (w). |
1995 | Kriteria Imkanur Rukyah (KIR 1995)
Ketika matahari terbenam, altB>2˚ dan aL> 3˚ atau Ketika bulan terbenam, umur bulan > 8 jam |
Kalendar Imkanur Rukyah yang dibuat berdasarkan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) mula digunakan dalam penyusunan tarikh 1 hari bulan hijrah di Malaysia. |
2021 | Kriteria Baru Imkanur Rukyah (KBIR 2021)
Ketika matahari terbenam, altB>3˚ dan aL> 6.4˚ |
KBIR telah dilaksanakan secara rasmi pada 1 Muharam 1443H bersamaan 9 Ogos 2021 dengan hanya mengambil kira ketinggian bulan dan jarak lengkung bulan-matahari. |
[1]Mohammad Ilyas. (1999). Sistem Kalendar Islam dari Perspektif Astronomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.